Sunday, June 7, 2015

Celupar !!! Lelaki Hina Sabah Ditahan


Tindakan seorang lelaki berusia 22 tahun, dipercayai penjawat awam memuat naik status kenyataan berbaur penghinaan dan negatif melalui laman sosial Facebook berkaitan kejadian gempa bumi di Sabah, Jumaat lalu, ditahan polis malam tadi....

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, tangkapan itu dibuat selepas polis menerima laporan daripada orang awam mengenai tindakan lelaki berkenaan pada 5 Jun lalu...

"Suspek berusia 22 tahun di bawa ke balai polis untuk tindakan lanjut pada jam 9 malam tadi....

"Kita juga merampas satu telefon bimbit jenama Lenovo dan dua kad sim dipercayai milik suspek untuk siasatan lanjut, " katanya....

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia....

Antara kandungan status Facebook itu ialah 'kene gempa bumi bru nk kecoh..Standard la negeri pnuh sociality...Pub...Night club trbanyak di Malaysia..Nk goyang Sgt kn. Tuhan dh bg goyang tu...knpa tkut plak?????


sumber:harian metro

0 comments:

Post a Comment